Group: Big Bang
Pairings: G Dragon & SeungRi
Language: Malay (sorry peeps! ;P)
Summary: After hearing Seungri's acceptance speech in "King of Idols", it moved me.. so, i wonder how the member would react too. Here's go nothing..
![]() |
| Sorry guys, i'm a HUGE GRi shipper~ XD |
=========================================================================
17 Januari 2010
KOREA, Apartment Big Bang
Ji-yong menguak pintu apartmentnya, mencari kelibat Seung-ri kerana selalunya teman serumahnya itu akan menyapa dirinya tatkala pintu di buka. Dia menjenguk ke dapur, barangkali Ri sedang makan, namun hampa Seung-ri tiada di situ. Dia menuju pula ke beranda, mungkin Ri sedang bergayut? Tapi, ruang beranda juga kosong, hanya angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa dirinya. Ji-yong mengangkat keningnya, berputus asa lantas menuju ke arah biliknya. Dia merebahkan badan ke atas katil sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bilik yang dihias secara kontemporari itu. Ji memandang siling, fikirannya masih berpusing ligat memikirkan tentang Seung-ri.
"Mane budak ni pegi? selalunye die bagitau aku kalau na gi mane-mane.." Ji mencebik sambil matanya melilau mencari jika terdapat apa-apa nota ringkas yang ditinggalkan oleh Seung-ri. "Hampeh punye budak!" Ji-yong menutup mukanya dengan bantal setelah tidak menemui apa-apa.
'Diingg' Sepucuk pesanan ringkas diterima.
** Hyung, cuaca d cni sgt bagus! x sejuk mcm d Korea! keke ^^ **
** Sini,mane? **
** Hyung dah lupe ke? kan sy di Thailand skarang? huhu **
"Damn!" Ji-yong menepuk dahinya, "Lupe plak aku, die kat Thailand skarang! patutlah tak de kat rumah!" Ji-yong tersenyum sendiri.
** Baguslah klu mcm tu, jge diri dan buat yg terbaik utk program tu! jgn malukan aku! ** Ji-yong tersenyum sinis apabila punat 'Send' ditekan. Dia gembira apabila berjaya menyakat Seung-ri, baginya Seung-ri mempunyai sebuah perwatakan yang menarik, sentiasa berada di dalam dunianya yang tersendiri. Setelah hampir 4 tahun tinggal serumah, katakan apa sahaja perangai Seung-ri yang dia tidak fahaminya? Dan barangkali perangainya yang agak moody ini juga telah difahamkan dengan jelas oleh Seung-ri.
** OK hyung! hyung pun sme,jage diri dan jgn rindukan sy byk sgt! keke :P ** Ji-yong mendengus, "Sape yang nak rindukan kau?" Ji-yong bingkas bangun dan menarik tualanya dengan malas.
======================================================================
"Makan ape?" Ji-yong menjengah ke dapur rumah tingkat atas.
"Chinese food." Tae-yang menjawab ringkas.
"Wow, kau masak?" Ji-yong mengangkat kedua-dua keningnya. Tae-yang mengangguk laju.
"Ah, kau percayalah cakap die tu.. Ah-Sau seberang jalan tu yang tolong masakkan!" TOP mencelah.
"Sebab aku tau die tak masaklah, baru aku tanya! haha.." Ji-yong tertawa riang. Terleka seketika dia dengan ketiadaan Seung-ri. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Tae-yang. Meraka hanya makan bertiga pada malam itu, Dae-sung sibuk dengan jadual solonya.
"Album Seung-ri dah release ke belum?" Tae-yang memulakan bicara.
"21 Januari, tak silap aku. Minggu depan?" Ji-yong memandang TOP. TOP hanya mengangkat bahu. Bukan TOP tidak mengambil endah, cuma kebelakangan ini dia dan Ji-yong sibuk mempromosikan album unit G.TOP disamping menyertai pelbagai program lain, jadi dia kurang memberikan perhatian terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.
"Kau dah tengok dia practice?" Tae-yang memandang TOP. TOP hanya menggeleng.
"Aku ade tengok..kelmarin. Bersungguh-sungguh betul die berlatih. Tapi pelik, bile aku masuk je, terus berhenti berlatih?" Ji-yong mengangkat chopstiknya, berhenti mengunyah.
"Pressure kot,pressure! haha.." Tae-yang menolak chopstik Ji-yong kebawah, menyuruhnya sambung makan.
"Mau tak pressure, kemunculan aku ngan Ji-yong agak sukses lah kan, so, mesti peminat nak tengok yang lagi hebat dari kitorang!" TOP menyeringai.
"Kau saje kan, kalau die ade kat sini, dah lame die mencebik!" Tae-yang menolak bahu TOP. TOP hanya membesarkan matanya dan tertawa kecil. Ji-yong hanya mengangguk, bersetuju dengan Tae-yang. Kebelakangan ini, Seung-ri sudah agak kurang mencebik, sebaliknya dia akan menjawab balik. Mungkin faktor umur? Maklumlah sudah menginjak ke angka 21. Ji-yong tersenyum sendiri.
=======================================================================
18 Januari 2010
THAILAND, Hotel Royal Cliff Pattaya
Seharian bermain air bersama teman seperjuangan yang lain, baru sekarang terasa kemesraannya. Namun ada juga di antara mereka yang Seung-ri sendiri tidak mengenali nama mereka, terutama yang perempuan. Seung-ri melihat disekelilingnya, Nickhun ada Chansung dan Jin-woon manakala Eun-hyuk ade Dong-hae, Minho sudah pasti akan menyertai Eun-hyuk. Kini tinggal Jung-min, namun Jung-min mencari Haa-ra untuk dibuat teman bicara kerana mereka dahulunya dari syarikat rakaman yang sama.
Seung-ri hanya tersenyum menyedapkan dirinya, walaupun jauh disudut hatinya dia berharap salah seorang dari YG Entertainment juga dipanggil, sekurang-kurangnya tidaklah dia mati kutu di situ. "Ah,alangkah bagusnye kalau hyung dapat ikot skali..merasai kedamaian Thailand." Seung-ri berfikir sendirian. Lamunannya terhenti apabila bahunya ditepuk perlahan. Terlihat Nickhun sedang tersenyum ke arahnya sambil menunjuk ke arah luar hotel. Seungri menggangguk faham.
" Kini diumumkan 'King of Idols' ialah.." suara pengacara lantang membuatkan semua jantung berdebar-debar. Pertembungan diantara Nickhun dengan Seung-ri di peringkat akhir memang sesuatu yang tak diasangka-sangka. " Kalau aku menang, ini adalah satu keajaiban dunia!" fikir Seung-ri sambil menggosok-gosok kedua-dua tapak tangannya.
" Eun-hyuk, sape yang awak rasa akan menang?" si pengacara sengaja melengahkan permainan.
" Hmm, well, kat situ pun dah tertulis 'Nickhun Victory', so.." semua peserta ketawa berdekah-dekah mendengar komen dari Eun-hyuk. Di skrin tertera nama Seung-ri di sebelah nama Nickhun, 'Seung-ri' dalam bahasa Korea juga bermaksud 'Victory' / 'Menang', jadi tidak hairan lah ramai mengandaikan Nickhun yang bakal menggondol gelaran 'King of Idols' lagipun sejak kebelakangan ini, wajah Nickhun dimana-mana sahaja, tidak kira iklan secara solo, berkumpulan, program realiti mahupun jurucakap produk.
"Seems like the crowd love him!" Seung-ri sempat menjeling ke arah Nickhun dari ekor matanya. Kelihatan Nickhun juga sedang gelisah.
" ...SEUNGRI!!! IALAH KING OF IDOLS!! " jantung Seung-ri bagai disentap tatkala pengacara mengumumkan namanya sebagai pemenang.
" Betul ke ni? Awak tak bergurau?" Seung-ri melihat pengacara dengan tajam, sedangkan peserta yang lain sudah pun bersorak kegembiraan.
" Encik Seung-ri, sila berikan sepatah dua kata" pengacara tersenyum simpul.
" Hm, actually saya tak pernah terfikir dapat berkenalan dengan ramai idola muda. Selalunya saya di belakang pentas akan senyap je sebab saya tak kenal sape-sape. Kadang-kadang saya teringin nak bergurau dengan dorang sumer. Setakat say 'hai' pn jadilah. " Seung-ri menarik nafas panjang, mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicaranya.
"Tapi mungkin disebabkan group saya, jadi kami takde peluang nak berdampingan dengan korang sumer, so masa datang kat sini, takut juga kalau-kalau dipinggirkan.." matanya mula berkaca, terharu dengan peluang yang diberikan. Mereka yang hadir turut merasa sebak.
" Ini merupakan kemunculan pertamanya setelah 2 tahun menyepi bersama Big Bang!" pengacara memberi ulasan, memecahkan keheningan suasana.
" Isk, bukannye awak nak bersara!!" Haa-ra bersuara lantang, cuba menenangkan Seung-ri. Nickhun yang berada di samping Seung-ri turut merasa terharu, lalu diusap lembut teman seperjuangannya itu. Jin-woon juga menepuk bahu Seung-ri perlahan memberikan semangat. Ada dikalangan idola wanita yang turut menitiskan air mata terharu. Suasana diselubungi dengan kesedihan.
" Tapi, nasib baiklah, korang sumer layan saya dengan baik. So, saya sangat gembira lah dapat bercuti dengan korang sumer!" Seung-ri mula menunjukkan riak gembira sambil mengesat sisa-baki titisan air mata dengan tapak tangannya.
" Di kalangan mereka semua, kamu paling nak berterima-kasih kepada sape?" pengacara menyoal Seung-ri dengan penuh minat. Dia terdiam seketika, memikirkan jawapan yang baik agar tiada sesiapa pun terasa hati.
" Alangkah bagusnya kalau ahli group saya turut berada di sini!" Seung-ri tertawa kecil. Mereka yang lain hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum kelakar.
======================================================================
19 Januari 2010
KOREA, YG Entertainment
* Hyung, dah makan? Ape plan hyung ari ni? flight saya pukul 2pm.. ^^ * Ji-yong melihat jam tangan Dior yang terlekat di pergelangan kirinya. Jarum jam sudah di angka 6. Kemudian Ji-yong membuat percaturan sendiri, " Dah sampai sini kot?" Tiba-tiba TOP muncul di sisi Ji-yong, " Tadi aku tengok ade beberapa orang peminat dari oversea kot, tak nak check it out?" TOP menunjuk ke arah luar bangunan YG Entertainment.
" Mane kau tau die nak jumpa kita? Entah-entah peminat 2NE1 kot? tak pun Seven-hyung!" Ji-yong mengangkat keningnya.
"Hello, bro, pegang cardboard 'Big Bang,jjangg' kot.. agak-agak sikit, tak kan peminat 2NE1?" TOP mengajuk perbuatan para VIP ketika berada di konsert mereka sambil melompat-lompat. Ji-yong hanya ketawa melihat telatah TOP. Dia kemudiannya menjenguk ke luar, namun tiada sesiapa pun yang kelihatan di luar bangunan tersebut. Agak lama juga dia mencari di mana peminat-peminat yang dimaksudkan oleh TOP itu. Belum pun sempat dia membuka mulut, sudah terdengar suara TOP mengekek di belakangnya.
" Hahaha, kalau bab perempuan, laju!!" TOP melepaskan tawanya yang ditahan tadi.
" Sialan!" Ji-yong turut tertawa. Suasana di dalam bilik agak meriah kerana mereka baru sahaja ditemu-bual oleh krew dari sebuah portal hiburan. Wartawan tersebut datang bersama seorang jurufoto.
======================================================================
19 Januari 2010
KOREA, Apartment Big Bang
Seung-ri berlari laju ke dalam bilik Ji-yong, walaupun dia tahu dia akan dimarahi jika masuk ke dalam bilik Ji-yong tanpa izin, dia tetap sangat teruja pulang ke Korea, berjumpa dengan hyung kesayangannya itu.
"HYUNG!!!" Seung-ri menolak pintu bilik Ji-yong dengan kuat. Walaubagaimanapun, perasaan gembiranya mula berkurangan. Ji-yong tiada di dalam biliknya. Seung-ri mencampak dirinya ke atas katil Ji-yong, " Hyung nie..bukan nak buat surprise untuk aku!" Seungri yang keletihan terlena di situ. Seketika kemudian, kedengaran bunyi 'bip' menandakan seseorang telah melecekkan kad akses.
" What the hell.. berani betol dia nie!" Ji-yong terkejut apabila mendapati biliknya dicerobohi oleh maknae. Dengan segera Ji-yong menarik stokinnya dan meletakkan tepat ke hidung Seung-ri.
" Oii, gile, boleh mati woo!!" Seung-ri bersuara sebaik sahaja terjaga dek perbuatan leadernya itu. Ji-yong hanya tersenyum geli-hati di sisi Seung-ri.
" Ni, dah bape lame hyung tak cuci stokin nie?" Seung-ri menutup hidungnya sambil mencampak stokin Ji-yong ke tepi katil.
" Aku tunggu kau basuhkan je.." jawab Ji-yong selamba.
" Isk, hyung masuk kan je lah dalam baldi tu, nanti saye tolonglah basuh." Seung-ri mendengus.
" Saje, tunggu kau offer." terdapat sebuah senyuman di hujung bicaranya. Ji-yong menarik beg Seung-ri di sudut katil dan mula memunggah isi beg itu.
" Tak de dalam tu!!" Seung-ri tersenyum mengejek, menggerak-gerakkan keningnya laju. Ji-yong mencebik, menolak beg Seung-ri yang berselerak itu ke atas lantai. Seung-ri memungut bajunya disumbat semula ke dalam beg dan menarik beg tersebut perlahan ke dalam biliknya. Tanpa disedari, Ji-yong membuntutinya. Seung-ri menoleh, Ji-yong hanya tersengih. Seung-ri berhenti, perlahan dia menyeluk tangan ke dalam sisi beg itu lalu dihulurkan bungkusan berbalut itu kepada Ji-yong sebagai buah tangannya dari Thailand. Ji-yong hanya tertawa puas lantas memeluk Seung-ri. Seung-ri hanya tersenyum malu.
" Aku tak nak ni semua, as long as kau balik dengan selamat, i'm more than happy!" dakapan Ji semakin erat.
" Hyung, saye sayang hyung!" Entah mengapa, air mata Ri mengalir perlahan.
-END-
=========================================================================

Tiada ulasan:
Catat Ulasan